Friday, September 5, 2008

Gambar2 dari koleksi sendiri

Sewaktu di Padang Arafah, gelap gelita dalam khemah, nyamuk pun banyak, mujur juga semua girls pakai telekung labuh, at least dapat la cover. Tapi muka tak dapat nak cover sbb dlm ihram, so nyamuk pun pulun gigit la....
Kat sini kita dianjurkan supaya banyakkan berzikir dan bertaubat.





Di Mina, balik dari melontar, ambil gambar khemah2 yg beratur atas bukit, jemaah haji dari pelbagai negeri datang dari seluruh pelusuk dunia. Notice that on the clouds, tulisan Allah dibentuk dari awan, masa tu kami tak perasan awan tu, balik dari melontar ada jemaah yg kata ada tulisan ALLAH dibentuk awan. So balik kami tengok gambar ada.





Dan berjalan menuju ke tempat melontar melalui terowong Muassim yang pernah meragut beratus nyawa beberapa tahun yg lalu, akibat tolak menolak dan rempuhan. Sejak itu, terowong ni di bahagi kepada dua bahagian dan melontar juga telah diberikan sistem, di mana waktu2 yang telah ditetapkan untuk jemaah dari negara2 tertentu.

Bagi negara Asia Tenggara, kami diberi masa dari jam 10pm ke 12pm. Dan pergi secara berkelompok.

Sengaja ambil gambar Hj Malek mendukung anak kulit hitam yang menjadi peminta sedekah. Masa ni kami sedang berkumpul untuk bertolak ziarah Jeddah. Kebetulan mak baby ni kena kejar ngan polis, dan diorang pun rehat depan hotel kami, so sempat la kami ambil baby dan gambar sekali, mak dia tersengih2 bila kami kata nak ambil baby bawak balik malaysia. Tak tau sama ada dia paham ke tidak sebenarnya.
Posted by Picasa