Geli hati aku mendengarkan ceritanya. Maklumlah kali pertama mak pergi bersendirian, bersama rakan-rakan sekampung. Sebelum ni pergi dengan aruah Abah. Betapa tak sedapnya makanan yang disediakan, dan dia pula tak lalu nak makan, sedangkan nak pergi beli makanan pula susah, sebab tiada teman. Ada seorang kakak yang duduk sebilik dengannya yang dipanggil Kak Ana. Kak Analah yang menemankan mak, sementelah kak Ana sendiri berseorangan dari Kemaman. Suaminya pula tidak dapat mengikutnya mengerjakan umrah.
Bertemankan kak Ana lah, mak pergi ke masjidilharam dan membeli belah. Bukan banyak pun mak beli, hanya 15kg sahaja yang dibawa pulang, yang penting hanya difikirkan untuk beribadah.
Teringat pula aku semasa di Mekah dulu. Makanan yang dihidangkan selama 30hari tu adalah makanan yang sama di ulang-ulang setiap minggu. Aku redha, lagi pun aku perlu jaga makan disebabkan aku ada diebetes. Tak boleh la nak makan nasi banyak-banyak. Aku makan roti sahaja yang banyak. Malam selepas isya' suami akan ajak jalan-jalan cari makan di sekitar hotel. Banyak restoran tapi kebanyakkan nya menjual roti kebab. Pusing-pusing jumpa restoran Turki yang berada di celah-celah lorong menuju ke bazaar membeli belah.

Kenyang dan puas... Esok lusa boleh datang lagi.