Wednesday, June 25, 2008

Semalam yang Berlalu.

Semalam mak balik dari umrah. Kami berdua menjemputnya di KLIA. Penerbangan seterusnya ke Kuala Terengganu akan berlepas jam 750malam. Penerbangan dari Jeddah pula tiba jam 1 tengahari. Ada lebih kurang 5 jam lagi untuk bersama mak, bercerita tentang pengalamannya di Mekkah.

Geli hati aku mendengarkan ceritanya. Maklumlah kali pertama mak pergi bersendirian, bersama rakan-rakan sekampung. Sebelum ni pergi dengan aruah Abah. Betapa tak sedapnya makanan yang disediakan, dan dia pula tak lalu nak makan, sedangkan nak pergi beli makanan pula susah, sebab tiada teman. Ada seorang kakak yang duduk sebilik dengannya yang dipanggil Kak Ana. Kak Analah yang menemankan mak, sementelah kak Ana sendiri berseorangan dari Kemaman. Suaminya pula tidak dapat mengikutnya mengerjakan umrah.

Bertemankan kak Ana lah, mak pergi ke masjidilharam dan membeli belah. Bukan banyak pun mak beli, hanya 15kg sahaja yang dibawa pulang, yang penting hanya difikirkan untuk beribadah.

Teringat pula aku semasa di Mekah dulu. Makanan yang dihidangkan selama 30hari tu adalah makanan yang sama di ulang-ulang setiap minggu. Aku redha, lagi pun aku perlu jaga makan disebabkan aku ada diebetes. Tak boleh la nak makan nasi banyak-banyak. Aku makan roti sahaja yang banyak. Malam selepas isya' suami akan ajak jalan-jalan cari makan di sekitar hotel. Banyak restoran tapi kebanyakkan nya menjual roti kebab. Pusing-pusing jumpa restoran Turki yang berada di celah-celah lorong menuju ke bazaar membeli belah.
Sebenarnya terjumpa restoran turki itu secara tidak sengaja. Kami mahu mencari hotel lama kami yang kami duduki semasa umrah 2005 dahulu. Tup-tup ada restoran selang 2 pintu. Apalagi, masuk restoran dan melihat-lihat lah kami menu masakannya. Ada nasi turki dan ayam panggang. Suami pun order dan bila sampai makanan, sedapnya masakan dia!.... tak sangka pula orang turki boleh masak nasi. Nasi nya dipanggil pilaf, tapi kalau di Malaysia nasi tu digelar nasi minyak kot. Sedap dan berkahsiat. Aku mengambil hidangan roti, dengan ayam panggang.. makan dengan lahapnya, restoran tersebut masak di dapur panggang di luar, manakala tempat duduk di bahagian bawah tanah. Tapi nampak mewah dan selesa. Harga 2 orang makan baru RM25/=.
Kenyang dan puas... Esok lusa boleh datang lagi.

No comments: