Tuesday, January 29, 2008

Saat-saat Pemergian dan Ketibaan

Tibalah hari yang ditunggu2. 6/12/2007, jam 5 ptg, sedara mara sebelah hb semua dah sampai. Kakak ipar (kak sam) tolong kemaskan beg. Adik ipar pulak tolong kemaskan rumah. Hujan pulak turun mencurah2 waktu tu, kami keluar dari rumah jam 6:30ptg menuju ke Kelana Jaya. Sempat solat maghrib jamak dgn isya' qasar kat masjid sungai besi.

Yang paling kelakar sekali, sampai kat Kelana Jaya jam 8 mlm, dpt sms dari Fauzana jam 9:30mlm, tanya bila berangkat, dan dia on d way. Aku cakap jam 10:30mlm gate dah tutup. Dia sms lagi dia kat lam erl. OK. pastu sms lagi tak nampak pun orang ramai, isy aku sms balik ramai org kat bendera FELDA, peh tu aku cari2 gak kot2 jumpa. Masa tu ngan Suzi. Peh tu last dia call suzi dia kat KLIA!... Ish.... dah bertahun2 org pergi haji melalui Kelana Jaya, camna la dia blh terfikir kat KLIA lak....

Tunggu dalam 1 jam juga dalam bgnn Kelana Jaya tu, sempat lah solat sunat ikut buku panduan tu. Dlm dewan tu siap ada kaunter tukaran wang saudi, ada org jual phone card TM, kat luar ada kantin, toilet dan surau. Proses naik bas tu pun dalam setengah jam juga lah, kami berdua naik bas yg pertama, depan kami kereta polis trafik, dan 2 buah motor polis trafik siap dengan siren... wah masa tu syoknya rasa cam raja plak.


Rupa2nya SUV tu sempit, dan makanannya x dapat aku nak menikmatinya...

Tiba di airport Jeddah dalam jam 9am, tadi solat subuh atas flight, cam yg ustaz ajar dulu, ambil tayammum dengan debu blkang seat, dan solat duduk. Kena menunggu lagi dalam dewan kat airport Jeddah. Kat sini aku ada sikit ternampak orang yg dalam ihram melepas geram dalam handphone, dengar sikit2 dia cakap dia nak bilik 2 orang, tak kira mcm mana pun, sambil marah2... Dlm hati beristighfar, moga kita dikurniakan kesabaran dan org tu pun dikurniakan kesabaran... Dalam ihram ni syaitan suka menggoda kita supaya melanggar ihram. Tu yg kena berjaga2 selalu.

Keluar dari dewan, kena pula tunggu kat khemah utk org haji lagi 1 jam, kat sini baru la nampak dari negara2 lain sedang menunggu. India, Pakistan dan Bangladesh. Beg2 besar kita lak disusun2 orang Mesir, diorang ni mmg nampak tough main baling2 je beg kita, sbb tu la aritu abg ipar sibuk suruh kita ikat beg kemas2 incase terkoyak, tak la terburai isi perut beg tu. Jam 11pg baru kami naik bas menuju ke Mekah. Tapi on the way kena stop kat tempat Arab bagi bungkusan fisabilillah, ada air kotak, kek, roti dan kurma. Kami sempat solat Jumaat di masjid kat pitstop tuh..

Menguruskan Keluarga Utk Pemergian Haji


Ni gambar masa raya, sebelum hantar diorang balik kampung. Kat tengah tu nenek saudara, umur dah lebih 80, dan sebelah dia tu mak.


Assalamualaikum wbt;

Kembali lagi dengan siri seterusnya dengan izin Allah swt.

Ish formal la pulak...

OK, mula2 skali nak citer, aku flashback balik camna aku dapat surat jemputan khas menjadi tetamu Allah.

Awal tahun ni aku tak de bercadang pun dan tak terfikir/terlintas pun yg aku akan pergi. Cuma keinginan nak pergi ada, duit dan masa shj tak ada. Kebetulan shj, mak aku nak daftar haji, dan muhrim yg dia nak ikut tu ialah suami aku... (favourite dia). So masa aku daftar haji utk mak kat TH putrajaya, aku cek utk suami aku, dan pegawai tu kata suami aku layak pergi tahun 2007, tapi sbb aku x dpt surat maka pegawai tu suruh suami aku datang utk update sama ada nak pergi atau tidak.

Masa ni dlm bulan Mei 2007, duit aku dlm tabung haji ngam2 shj utk muassasah iaitu RM8K lebih sikit..... utk pakej swasta kena ada RM14K. Mak aku kata daftar sahaja dulu, duit tu kemudian fikir... rupa2nya mak aku dah fikir duit aruah ayah tu faraid, aku dapat dalm 7K... cukup2 utk pakej....

Mak aku pula excited la sbb suami aku dpt pergi tahun 2007, maka dia pun berharap2 dapat ikut suami aku... Pegawai tu mintak aku dan mak buat surat rayuan utk ikut suami.

Kami bertiga daftar pakej swasta FELDA Travel Sdn Bhd. Jadi semua kursus di uruskan oleh pakej, kursus dekat masjid kami tak pergi sbb masa ni dah habis kursus bersiri Tabung Haji. Masa tu 50-50 sama ada aku dan mak dapat pergi atau tidak, sbb senarai yg layak dan lulus oleh Tabung Haji cuma 12orang shj, jemaah FELDA Travel dari Kuala Lumpur. Naik turun Tabung Haji dalam 2 kali, akhirnya nama aku lulus, tapi mak aku tak lulus alasan dia, sbb mak aku baru pergi tahun 2003, minimum mesti 5 thn, maknanya thn 2008 mungkin boleh..... Mak aku cakap dia x kisah, asal aku n suami dpt pergi... dia nanti akan menyusul buat umrah dgn abg kandung aku pulak....

Pasal keluarga aku, alhamdulillah, sejak 2 thn lepas, aku dapat maid yg sangat membantu dari segi rohani dan jasmani anak2 aku.. dari segi makanan dan pengetahuan agama... bukan nak puji sgt maid aku tu, tapi mmg aku bersyukur sgt dpt maid yg amat memahami... So, budak2 semua mulanya hb aku cadang nak mak dia dok kat rumah aku, tapi aku fikir2 balik dan buat istikharah, dapat la petunjuk, mak mertua aku sakit lutut yg extreme dan terpaksa buat rawatan hospital (bulan 2 ni nak buat pembedahan). Jadi aku hantar kat terengganu rumah mak aku semua budak2 dan maid sekali....

Semasa aruah ayah aku baru meninggal bulan March dulu, aku pun dah pernah hantar budak2 yg x sekolah lagi tu dan maid tinggal menemankan mak aku yg dok sorang2... dekat 4 bulan juga la diorang kat sana, yg sulong je dok ngan aku.. Jadi diorang semua dah selesa dok kampung. Terimakasih yg tak terhingga pada mak dan maid aku yg berkorban jaga anak2 aku... Risau juga aku, mana la tahu hidup mati kita di Mekah.. Masa kat Mekah ada doa khas utk yg ditinggalkan di kampung, hari2 aku baca...

Mcm tu la lorong yg Allah swt dah beri, semuanya seolah2 mudah shj, pasal persekolahan anak aku yg sulong tu, thn ni 2008, dia darjah 3 sekolah agama swasta, aku inform dengan Guru Besar, jadi Guru Besar pun dah faham tentang anak aku yg terpaksa cuti sampai 3 minggu tak sekolah sbb haji. Anak2 aku yg no 2 dan 3 skrg dah masuk tadika swasta juga dibawah kelolaan Guru Besar yg sama. Alhamdulillah yg no 2 dulu x nak sekolah, sejak 2 hari ni pagi2 suka nak pergi sekolah.

Cuti Haji yg diberi company pun sebenarnya tahun ni baru aku layak mohon, sbb syaratnya kena service permanent 5years baru boleh dapat. Alhamdulillah dan syukur aku ngam2 5thn, aku kerja permanent di Heitech ni baru since 2001. Sebelum2 tu aku hanya kontrak shj. Itu pun diberi 30hari shj, mcm cuti bersalin, termasuk sabtu dan ahad dan hari cuti umum. Jadi annual leave aku x cukup, aku ambil extra unpaid leave 8 hari. Sebab mmg x rancang, kalau rancang, maybe aku boleh jimat2kan annual leave aku yg cuma ada 18hari setahun je tu sedangkan haji ada 44 hari, sedangkan aku dah ambil cuti awal tahun utk daftar anak sekolah, cuti masa aruah ayah meninggal, dan cuti semasa cuti sekolah bulan March.

Mcm tu lah citer nya prolog flashback sebelum pergi haji... Err... pasal berjalan kaki tu nak citer kat sini, tapi panjang sangat... break kejap..

Tips Haji

Assalamualaikum wbt;

Kat sini aku cuba tulis apa yg aku dapat pengalaman serba sedikit, semasa haji baru2 ni.

1. Banyak2 bersabar, tu yang pertama2 sekali... setahun sebelum pergi haji tu, kena belajar bersabar banyak2, dan mulut pun kena selalu jaga. Kadang2 kita tak sedar kita bercakap tu, tapi kat tanah suci Mekah dan Madinah memang pantang, kalo cakap sikit dia jadi... Contohnya masa aku baru sampai di Mekah, aku jadi tak lalu makan, lepas tu aku cakap bestnya kalo dapat makan nasik lemak telur dadar... tetiba esok sarapan dpt nasi lemak telur dadar mcm kat malaysia....
Lepas tu aku cakap khemah kat mina tu tak muat, last2 aku yg tak dapat tempat nak duduk pon.... apatah lagi nak tido... masyaAllah.. Subhanallah.

Tu contoh simple... roomate aku pulak (pompuan 5 org sebilik), hb dia tercakap ngan dia, nanti dia period sampai balik malaysia, masa tiba di madinah, terus 8 hari dia period tak berhenti.. padahal dia dah period sejak dari Mekah 4hari dah, akhirnya dia tak berpeluang nak gi ke raudhah.... tu betul2 dia period sampai balik malaysia...
Gambar roomate aku:


2. Yakin dan jangan selalu ikut2 orang lain tapi kalo boleh jgn pandai2 sendiri tanpa rujuk dengan ustaz pembimbing kita. Pasal aritu ada sorang jemaah tu suka masuk bilik kami, tapi dia selalu cakap yg aku tak berapa suka dengar la, contohnya dia kata
'kita jangan beli banyak sebelum buat haji, sebab kita belum buat haji lagi dah membeli belah'
padahal dia tau kami sebilik ni dah banyak barang beli sebelum haji, seolah2 dia nak mengata kat batang hidung kami... Kalo boleh dah masuk bilik orang, jangan lah nak complain orang lain, kan dan menyakiti hati orang...

Suatu hari tu, kami terdengar dia menangis teresak2 kat bilik dia, kebetulan kami punya bilik bersebelahan.. jadi kami terdengar dia merintih mengenai tawaf dia... Kami pun tak tau apa sebab nya, sebelum tu dia datang bilik kami, dia cakap yg dia dah belajar sampai 4 tahun utk buat haji ni, kursus tiap2 tahun, tiba di Mina dia rasa tak lengkap pelajaran dia.. dia rasa ada yg dia tertinggal...
Kami semua diam la, sbb kami sebilik ni muda2 around our age, dan kebanyakkan kami mmg kursus intensif dengan Ustaz Sallehuddin aje, 3mths before tarikh berangkat.. kira mcm bidan terjun la... Tapi kalo nak diikutkan kita ni belajar perbuatan haji sejak tingkatan 5 lagi kan? Mcm tu dia kata dia tu rasa tak lengkap dah 4 tahun belajar? kami ni cam mana la agaknya...? So, kami sebilik memang tawakkal, asal ikut apa yg ustaz dah ajar dan yakin tanpa was-was.

3. Kalo perempuan nak membeli belah, hati2, kena pergi ngan muhrim lelaki.. sbab kat sana pak Arab yang meniaga tu suka kacau pompuan, apatah lagi org asia, dia akan sama ada raba2 atau bercakap kotor kalo tak pergi ngan muhrim, nauzubillah. Walaupun kita hanya lalu balik dari masjid..

Adalagi, tapi utk email akan datang... pengalaman berjalan kaki dari muzdalifah ke Mina sejauh 10km dan dari Mina ke Mekkah sejauh 4km.