Kami dapat 3 bas utk 144 jemaah FELDA dari Makkah utk ke Padang Arafah. 3 bas yg kesemuanya nampak mewah dan bergaya alhamdulillah... Ustaz pun ada sebut dalam bas yang kita bersyukur sebab dapat bas cepat dan tak perlu menunggu lama dlm hotel. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Itu lah ungkapan yang paling sesuai untuk jemaah kami kot.. Ujian demi ujian Allah swt datang kan.. mula2 diberi rasa kenikmatan naik bas selesa.. rupa2nya.....
Jemaah kami tiba di Padang Arafah antara yang paling awal, masa tu jemaah Rayhar, Asia Oriental dll pakej masih belum tiba lagi.. Waktu wukuf adalah esoknya. Kami solat maghrib kat khemah dgn keadaan gelap, lampu kalimantang hanya dipasang di bahagian luar khemah, tapi sorang pun dari jemaah kami tidak merungut.. aku pun jadi cam hairan gak la.. baik sungguh diorang. Malam tu tido dengan serangan nyamuk bertubi2, dalam keadaan ihram aku tak berani nak buka tudung/telekung sbb khemah tu cuma direntang dengan kain utk seperate jemaah lelaki dan wanita.
Masa kat Padang Arafah ni, malam masa kami tido, masa tu lah jemaah2 lain sampai, Andalusia/Rayhar/Asia Oriental/VVIP dll. Aku dapat tengok yg khemah kami sahaja yang bergelap, khemah2 lain ceria dan meriah mcm pasar malam. Tengah malam tu diorang pakej lain bangun solat tahajud dan taubat dan tasbih, kami dapat dengar, tapi ustaz kami pesan, waktu wukuf ialah petang besok, waktu tu paling utama, jadi malam ni tido dulu supaya besok dapat tenaga untuk berwukuf.
Kebetulan khemah VVIP tu bersebelahan dgn khemah kami, so to say, diorang punya speaker, masyaAllah kuat sungguh, mengalahkan surau punya speaker. Kami dlm khemah ni sampai jadi confuse masa nak solat jemaah waktu zohor (zohor asar), mana satu takbir yg perlu kami ikut, mujur lah aku dok saf depan, nampak la jemaah lelaki utk ikut.
Kat Padang Arafah ni, tak berebut toilet, ada banyak bilik air, tapi kena pandai manage time, jgn pergi toilet bila tinggal 10 minit nak azan, pergi toilet awal, iaitu 1 jam sebelum azan, dan kalo boleh berdoalah supaya jangan terbatal wudu'.. Tapi kalo setakat kentut sahaja, boleh la ambil wudu' dgn botol air spray tu, tapi kalo nak buang air, maka tunggulah sampai habis solat jemaah, time tu memang lengang x de orang...
Cuaca waktu tu, mlm x berapa sejuk, siang pun x panas sangat dan tak sejuk, just nice shj. Alhamdulillah petang hari tu dapat la kami keluar dan berdoa kat luar khemah, bertaubat sepenuh2 hati, memang waktu tu kita tak sedar tiba2 air mata mengalir tanpa dipaksa2, tak tau lah kenapa.. memang luar biasa.. sambil tulis ni pun boleh sebak juga teringat waktu tu. Berharap semoga segala dosa2 kita sama ada besar atau kecil, yang nampak atau tersembunyi, yang sedar atau luar sedar, mohon Allah ampunkan segala2nya.
Dah dekat masuk waktu maghrib, kami kembali ke khemah utk solat jemaah dan tunggu bas utk bertolak ke Mina. Rupa2 nya kat sini la ujian pertama menunggu.. setelah wukuf, kita dah sungguh2 bertaubat mengharap pengampunan dariNya.. Masa ni la syaitan nak cuba menggoda dan attack kita.. masa ni la kita bersih seperti bayi, masa ni la syaitan nak calitkan balik dosa2 kita... Masa ni la kena bersabar sungguh2.... Kami yg tiba awal kat Padang Arafah, rupa2nya mesti yg akhir utk ke Muzdalifah dan yang akhir utk ke Mina.
Menunggu bas hingga jam 12tgh mlm di Padang Arafah, bas yang disediakan bukan lah bas mewah lagi selesa seperti siang semalam, tapi bas yang hanya 2 shj dan 144 orang terpaksa berkongsi tempat duduk!... ada yang 2 kerusi duduk 3 orang, ada yang berdiri dan ada yang duduk ditangga.. Masa di padang Arafah, ada seorang jemaah yang sakit, dan dua tiga orang yang kurang upaya(tua), mereka diberi keutamaan naik dulu dan duduk di kerusi paling depan sekali.
Masa tu dlm hati ni sentiasa teringat pesan ustaz, banyak istighfar, tasbih dan tahmid... saat2 genting sama ada kita berjaya atau tidak, masa ni lah.. Tiba di muzdalifah, masa tu dah melaut orang, walaupun tengah malam, tapi ada lampu banyak, so kita nak kutip batu nampak lah, instead of terkutip tahi unta... hehehehe.. (ni lawak ustaz yg bagi). Kami yg last ni tak de kawasan nak kutip, so tepaksa la dok kat lereng bukit sikit.. ujung muzdalifah sempadan pdg arafah. Kutip2 la batu mcm budak2 main batu seremban tu... 80biji semuanya kena kutip. dan ambil extra sikit. Amek kecik2 besar kacang pol tu.
Dah siap amek batu tu, tunggu lagi bas, kat jalan tu aku nampak cuma ada 2 bas shj utk sempadan asia tenggara (m'sia, singapore, siam dan indonesia). Tapi di sebelah pagar sana banyak betul basnya (negara2 india,turki, kulit2 putih tu).. Masa ni dah nampak diorang turki dll tu jalan kaki menuju ke Mina, tapi kitorang ni mana la tau cuma ada 2 bas aje masa tu... Ujian... Pejam mata celik mata tengok gelap lagi, bintang2 je atas langit.. pejam lagi takut2 subuh masuk tak sedar pulak nanti, tengok jam pulak.
Masuk je subuh terus solat kat atas bukit tu masih di Muzdalifah ikut jemaah orang lain yg solat berjemaah, tak pasti siapa orang2 tu.. Kat sini ada juga hb aku citer dia saksikan sorang jemaah nazak dan meninggal dunia, lalu dibawa ambulans, time ni aku tido kot, tak perasan... Peh tu matahari dah naik, dah siang, sebab aku dok atas lereng bukit, so nampak orang tak berkurangan.... masa tu la petugas haji tu bagi tau cuma ada 2 bas shj utk pengangkutan kita yang 150000 orang ni... kalau kita tunggu juga bas, alamat sampai malam pun tak dapat naik lagi.. so, dioarang pakat2 sapa nak jalan kaki boleh jalan, tapi yg muda2 dan lelaki yg sihat shj,,,, ibu2, nenek2 tak perlu jalan, tunggu situ....
So, aku n hb n beberapa couple lain jalan kaki tinggalkan diorang dan beg kami.. sbb ustaz soh tinggalkan beg, tak moh beratkan kami yg berjalan. Baru jalan dalam 30 minit, petugas telefon ustaz yg tinggal ngan beg tadi, kata kami dah sampai di Mina... alhamdulillah... dah sampai, tapi khemah kami maktab 82, kat terowong moassem, tak nampak2 juga terowong nya. Jalan lagi, sepanjang jalan tu tak ramai jemaah bukan asia yg berjalan, sebab masa tu dah dekat tengahari... diorang agaknya dah sampai Mina dan dah melontar, sbb kami ni tunggu bas, org2 turki tu dah jalan kaki dari mlm tadi. Sambil berjalan kami bertalbiah ... labbaiikaullahhummalabbaiik.. labbaikalaasharikalakalabbaik... innalhamda, wanni'mata, lakawalmulq, laasharikalak.. Petugas pulak bawak sepanduk bendera Felda, wah tambah semangat la kami... langsung x rasa jauh atau penat...
Sepanjang perjalanan, tu cuma ada sesekali je bas berlalu melepasi kami... Ada juga yang pengsan di tengah jalan, dan beberapa orang tolong pakcik tu, mabbe penat sgt tgh panas dan kurang air. Dah melalui tempat penyembelihan, dapat la jengok haiwan yg akan dikorbankan, unta la banyak ngan kambing biri2.. bau mcm zoo pulak.. sesampai je kami d khemah, teringat diorang yg masih menunggu bas, dengan tak bersarapan, tak tau macam mana nasib diorang. Lepas berehat dalam setengah jam, diorang pun sampai, satu bas shj dan sumbat semua orang, ada makcik yg muntah2 dlm bas mungkin gastrik dan ada yg demam... kesian diorang...
Dah sampai khemah tu baru la ustaz cakap, kami ni dah berjalan 10km sebenarnya.. masyaAllah.... subhanaAllah, dalam keadaan sekarang ni, aku rasa kalo suruh aku berjalan kaki 10km, mabbe tak sampai kot.. Tapi itulah keajaibanNya... Waullahu'alam.
Keadaan di Mina lebih dahsyat lagi, masa kat sini perangai kita yang sebenar terserlah..Ustaz ada cerita, kat sini lah terbuka pekung di dada, berdoalah dengan sungguh2 semoga kita tidak di aibkan..Macam2 perangai manusia ada, yg berebut dan potong q utk ke toilet, yang ambil barang orang dll. Ada yang tampar muka suami, juga di Mina.
Pengalaman aku kat Mina ni, barang aku yang hilang, masa aku jalan kaki balik ke Mekah, beg baju 2-3helai tu aku tinggal kat Mina, yg hilang ialah acar buah aku yg sikit tu (yg ni aku dah tandakan nama aku sbb semua org dapat acar buah), dan juga *toot* pakai buang yg belum dibuka sehelai. Bila aku nampak kat dlm beg makcik tu aku cakap aku punya, sbb seingat2 aku warna tu aku punya, tapi dia kata dia punya, anak dia bagi.. ish... confuse aku.. tapi tak pe lah, tak jadi hal....memang dia punya kot... waullahu'alam.. tapi yg hilang tu tetap hilang lah.. nasib aku la tu..
Peh tu pasal tido mmg khemah kami tak cukup tempat langsung.. sbb aku yg mulut celupar, jadi aku la yg tak dapat tido, hari pertama aku tido depan pintu khemah, sejuk menggigit tulang belulang nih Allah ajer yang tau.. tak bawak termometer jadi tak tau la berapa degree, tapi ada kot dalam 10degree..Malam kedua selepas melontar tu aku jln kaki balik Mekah utk buat tawaf dan saei, dapat la tido kejap kat hotel.. hehehehe time tu org semua x de, sbb diorang x moh ikut kami jalan kaki...
Sebenarnya, sebelum g haji aku ada consult ngan sepupu aku yg dah pegi last year kot, dia ada pesan, kalo boleh jalan kaki, jalan la, tapi kita on our own, pakej dah tak ambil tanggung jawab atas apa yg terjadi pada kita masa tu.... Tu yg aku teruja sgt nak jalan kaki...
Kalo nak jln kaki, kena melontar pada waktu malam, that is memang Malaysia dan Indonesia memang waktu malam, kita dah bermalam di Mina, kemudian melontar, baru lah balik ke Mekah, dan esok pagi jam 8 kena pulang semula ke Mina, supaya kita dapat solat berjemaah di Mina.
Adoh.. letih dah menaip.. nanti sambung lagi, camna cabaran dan ujian naik bas pulak dari Mina ke Mekah.. hinggakan ada seorang jemaah kami sorang meninggal dunia... Allah ambil dia semasa dia dah bersih dari dosa, seperti bayi... betapa beruntungnya allahyarham pakcik Abdul Rahman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya sentiasa bersabar dengan dugaan ini. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment