40 hari rasa terlalu cepat. Pejam celik, pejam celik dah habis masa. Tinggal menunggu masa untuk pulang ke tanah air. Masa mula-mula sampai dulu, rasa macam banyak lagi masa nak dihabiskan. Ada 40 hari lagi. Tapi bila dah dekat nak balik rasa sekejap pulak dan rasa nak ditahan-tahan masa tu dari berlalu pergi.
Mula-mula sampai dulu, macam-macam yang perlu diadaptasi. Suasana sekitar yang berbeza, kongsi sebilik 5 orang dan berkongsi cerita dalam bilik bersama rakan sebilik. Saat yang paling tak dapat dilupakan ialah saat bersama-sama berkongsi rahsia dan bergelak ketawa di dalam bilik… Tak mungkin dapat kembali lagi saat itu.
Kakak-kakak yang ku kasihi, memang saat bersamamu adalah saat paling manis aku di Mekah dan juga Madinah. Berkongsi cita rasa baju, makanan dan rasa terhadap orang lain. Bila teringat mesti senyum sendirian. Sayang kakak-kakak ku.
Setiap pagi bangun, mesti suami Kak Shikin akan ketuk pintu seawall 4:30pagi. Lepas tu biasanya Kak Shikin pun dah bangun dan tengah bersiap-siap, kemudian aku pula akan menggunakan toilet. Tak lama lepas Kak shikin keluar, aku pulak akan turun bawah ke bilik suami yang kebetulan berkongsi sama bilik dengan suami Kak shikin. Kami berdua akan sama-sama menuju ke masjid dan menunggu subuh. Subuh masuk jam 5:20 pagi. Tapi azan pertama akan berkumandang sejam sebelum masuk waktu subuh. Waktu ini kalau sebelum musim haji, memang manusia sudah padat sepadat2nya dalam ruang solat, kecuali di bumbung dan di pintu Shareema Escalator.
Mengantuk tu ada juga, tapi rasanya berbeza bila berada di dalam Masjidil Haram, terutama sekali jika mengadap Kaabah. Terasa berbeza. Tidak dapat di luahkan dengan perkataan. Selesai solat subuh, aku akan menunggu suami di pintu tempat kami masuk tadi. Kadang kala suami akan buat panggilan dari handphone. Kad telefon yang dibeli di kedai runcit dari rangkaian al-Jawal SR50. (Saudi Rial ada 50kredit didalam). Di Mekah 2 kali beli. Buat panggilan ke kampung sekali panggil selepas waktu isya dalam SR10 selama 10 minit. Mekah waktu itu jam 9 malam, Malaysia jam 3 petang. Rindu kampung tak terkira rasanya, rindu anak-anak.
Breakfast, Lunch and Dinner disediakan, tapi ala Arab. Semuanya frozen dimasak. Yang menyelerakan tekak aku cuma nasi lemak telur rebus sahaja. Lunch pula semua nya aku makan ala kadar sekadar mengisi perut dari kosong. Nak menambah nasi, tidak sekali-kali, seringkali lauk habis sebab kami berdua yang terakhir sekali makan. Dan paling seronok kalau malam, lauk habis, kami akan cari kedai bakso atau nasi turki ayam panggang. Boleh dikatakan berat aku turun 3 kg dari mula sampai hingga balik semula ke KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment