Thursday, July 3, 2008

Kesabaran....

Teringat suasana 2 minggu sebelum kemuncak haji. Manusia semakin ramai di kawasan Masjidil Haram. Lorong-lorong kecil pun menjadi tempat tidur fi sabilillah. Di hadapan hotel kami ada rumah kedai, dan disebelah rumah kedai tersebut ada sebidang tanah kosong. Di situlah fisabillillah tersebut mendirikan khemah, 2-3 khemah dipacak, 2 minggu sebelum kemuncak haji.

Apabila azan berkumandang, jangan harap lah dapat tempat di dalam ruang solat di dalam masjid jika kita masih berada di hotel, walaupun hotel kita hanya jarak 10meter dari pintu masjid. Jadi sekiranya ingin solat dalam ruang solat di dalam, sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu, kita sudah berada di dalam ruang solat tersebut, duduk membaca al-quran. Jika boleh cari tempat berdekatan dengan ruang air zam-zam, di situ boleh lah kalau nak ambil wuduk sekiranya kecemasan.

Selesai solat, maka berbondong-bondong manusia keluar dari masjid, menuju ke destinasi masing-masing. Semuanya berjalan dalam satu arah. Jika kita tersalah arah, ingin berundur, maka tunggu lah dalam setengah jam baru boleh berjalan. (Jalan kaki).

Kami tiba di Mekah, lebih kurang 2 minggu sebelum Raya Haji. Jadi kami dapat melihat manusia beransur-ansur memenuhi ruangan masjid, tingkat 1, 2 dan bumbung. Malah, kami bersolat zohor di tengah-tengah pancaran terik matahari, sambil mengenyit mata menahan cahaya matahari. Mujurlah cuaca panas, tapi angin nya sejuk, jadi tidak lah menjadi kepayahan.

No comments: