Hari ini dan waktu ini, mungkin Su sedang berada di dalam Masjidil Haram, sambil menunggu azan Subuh, sedangkan kita di tanahair sedang minum pagi. Apakah perasaan su tika ini?, aku masih terasa bau dan bunyi dalam Masjidil HAram yang menyentuh hati dan perasaan tika ini. Bagaimana bauan manusia seluruh dunia bersatu mendengarkan azan dan menunaikan solat dengan menurut imam yang satu. Takbiratul ihram yang mendayu-dayu, dan bacaan surah-surah yang bagai menyentuh hati walaupun aku tidak mengetahui makna-makna bahasa arab tersebut. Setiap tindakan mengikut imam. Imam ruku' jemaah pun bersatu ruku', semuanya bersatu hati dalam masjidil haram yang mulia itu.
Bunyi mesin aricond seakan-akan hilang dari pendengaran saat takbiratul ihram dilaungkan. Bila takbir untuk ruku', bunyi manusia ruku' bersatu menjadi satu, dan kemudian diam, sunyi dan sepi menunggu imam untuk bangun i'tidal. Semuanya seia-sekata. Aku membayangkan saat usai solat, su akan membaca alquran sementara menunggu jemaah yang ramai itu tadi keluar beransur-ansur. Aku membayangkan su akan menunggu panggilan telefon dari suaminya tika reda jemaah keluar dari pintu Masjidil Haram. Kemudian mengambil air zam-zam dibelakang bagi menghilangkan dahaga ketika membaca alquran tadi. Arghhhh sungguh manis saat itu.
Thursday, November 27, 2008
Saat pemergian Su ke tanah suci - 25 Nov 08
Hari ni su akan berangkat ke Mekah, saat aku menghubunginya melalui telefon bimbit, dia sedang berada di rumah bersama sanak saudara untuk menghantarnya ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Suaminya sedang mencuba-cuba kain ihram katanya. Aku mohon maaf atas kesalahanku selama ini dan aku hampir mengalirkan airmata saat mengucapkan selamat pergi dan semoga kembali. Moga mendapat haji dan mabrur, aku juga sempat menitipkan pesan supaya membawa ubat batuk yang lebih sedikit, memandangkan ubat-ubatan disana kebanyakkan tidak berapa berkesan dengan keadaan kita.
Saat ini, aku dapat rasakan de ja vu, waktu aku berpergian tahun lepas. Keadaan hujan rintik-rintik mengiringi pemergianku dan suami. Kelana Jaya basah kuyup dan penuh manusia yang menghantar sanak saudara. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan su saat ini. Bergelora dan tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dan beribadah di rumahMu ya Allah. Tambahan pula su sudah dua kali menunaikan umrah, dan umrah yang terkini baru 2 tahun yang lepas.
Su pula sedang mengandung 4 bulan, dan memungkinkan dia tidak datang bulan untuk musim haji ini. Alhamdulillah dia terpilih untuk beribadat pada musim haji ini, menunaikan rukun islam yang ke lima.

Friday, September 5, 2008
Gambar2 dari koleksi sendiri
Sewaktu di Padang Arafah, gelap gelita dalam khemah, nyamuk pun banyak, mujur juga semua girls pakai telekung labuh, at least dapat la cover. Tapi muka tak dapat nak cover sbb dlm ihram, so nyamuk pun pulun gigit la....
Kat sini kita dianjurkan supaya banyakkan berzikir dan bertaubat.
Di Mina, balik dari melontar, ambil gambar khemah2 yg beratur atas bukit, jemaah haji dari pelbagai negeri datang dari seluruh pelusuk dunia. Notice that on the clouds, tulisan Allah dibentuk dari awan, masa tu kami tak perasan awan tu, balik dari melontar ada jemaah yg kata ada tulisan ALLAH dibentuk awan. So balik kami tengok gambar ada.
Dan berjalan menuju ke tempat melontar melalui terowong Muassim yang pernah meragut beratus nyawa beberapa tahun yg lalu, akibat tolak menolak dan rempuhan. Sejak itu, terowong ni di bahagi kepada dua bahagian dan melontar juga telah diberikan sistem, di mana waktu2 yang telah ditetapkan untuk jemaah dari negara2 tertentu.
Bagi negara Asia Tenggara, kami diberi masa dari jam 10pm ke 12pm. Dan pergi secara berkelompok.
Sengaja ambil gambar Hj Malek mendukung anak kulit hitam yang menjadi peminta sedekah. Masa ni kami sedang berkumpul untuk bertolak ziarah Jeddah. Kebetulan mak baby ni kena kejar ngan polis, dan diorang pun rehat depan hotel kami, so sempat la kami ambil baby dan gambar sekali, mak dia tersengih2 bila kami kata nak ambil baby bawak balik malaysia. Tak tau sama ada dia paham ke tidak sebenarnya.

Sunday, July 20, 2008
Kongsi Rahsia dan gelak ketawa
40 hari rasa terlalu cepat. Pejam celik, pejam celik dah habis masa. Tinggal menunggu masa untuk pulang ke tanah air. Masa mula-mula sampai dulu, rasa macam banyak lagi masa nak dihabiskan. Ada 40 hari lagi. Tapi bila dah dekat nak balik rasa sekejap pulak dan rasa nak ditahan-tahan masa tu dari berlalu pergi.
Mula-mula sampai dulu, macam-macam yang perlu diadaptasi. Suasana sekitar yang berbeza, kongsi sebilik 5 orang dan berkongsi cerita dalam bilik bersama rakan sebilik. Saat yang paling tak dapat dilupakan ialah saat bersama-sama berkongsi rahsia dan bergelak ketawa di dalam bilik… Tak mungkin dapat kembali lagi saat itu.
Kakak-kakak yang ku kasihi, memang saat bersamamu adalah saat paling manis aku di Mekah dan juga Madinah. Berkongsi cita rasa baju, makanan dan rasa terhadap orang lain. Bila teringat mesti senyum sendirian. Sayang kakak-kakak ku.
Setiap pagi bangun, mesti suami Kak Shikin akan ketuk pintu seawall 4:30pagi. Lepas tu biasanya Kak Shikin pun dah bangun dan tengah bersiap-siap, kemudian aku pula akan menggunakan toilet. Tak lama lepas Kak shikin keluar, aku pulak akan turun bawah ke bilik suami yang kebetulan berkongsi sama bilik dengan suami Kak shikin. Kami berdua akan sama-sama menuju ke masjid dan menunggu subuh. Subuh masuk jam 5:20 pagi. Tapi azan pertama akan berkumandang sejam sebelum masuk waktu subuh. Waktu ini kalau sebelum musim haji, memang manusia sudah padat sepadat2nya dalam ruang solat, kecuali di bumbung dan di pintu Shareema Escalator.
Mengantuk tu ada juga, tapi rasanya berbeza bila berada di dalam Masjidil Haram, terutama sekali jika mengadap Kaabah. Terasa berbeza. Tidak dapat di luahkan dengan perkataan. Selesai solat subuh, aku akan menunggu suami di pintu tempat kami masuk tadi. Kadang kala suami akan buat panggilan dari handphone. Kad telefon yang dibeli di kedai runcit dari rangkaian al-Jawal SR50. (Saudi Rial ada 50kredit didalam). Di Mekah 2 kali beli. Buat panggilan ke kampung sekali panggil selepas waktu isya dalam SR10 selama 10 minit. Mekah waktu itu jam 9 malam, Malaysia jam 3 petang. Rindu kampung tak terkira rasanya, rindu anak-anak.
Breakfast, Lunch and Dinner disediakan, tapi ala Arab. Semuanya frozen dimasak. Yang menyelerakan tekak aku cuma nasi lemak telur rebus sahaja. Lunch pula semua nya aku makan ala kadar sekadar mengisi perut dari kosong. Nak menambah nasi, tidak sekali-kali, seringkali lauk habis sebab kami berdua yang terakhir sekali makan. Dan paling seronok kalau malam, lauk habis, kami akan cari kedai bakso atau nasi turki ayam panggang. Boleh dikatakan berat aku turun 3 kg dari mula sampai hingga balik semula ke KL.

Thursday, July 3, 2008
Kesabaran....
Teringat suasana 2 minggu sebelum kemuncak haji. Manusia semakin ramai di kawasan Masjidil Haram. Lorong-lorong kecil pun menjadi tempat tidur fi sabilillah. Di hadapan hotel kami ada rumah kedai, dan disebelah rumah kedai tersebut ada sebidang tanah kosong. Di situlah fisabillillah tersebut mendirikan khemah, 2-3 khemah dipacak, 2 minggu sebelum kemuncak haji.
Apabila azan berkumandang, jangan harap lah dapat tempat di dalam ruang solat di dalam masjid jika kita masih berada di hotel, walaupun hotel kita hanya jarak 10meter dari pintu masjid. Jadi sekiranya ingin solat dalam ruang solat di dalam, sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu, kita sudah berada di dalam ruang solat tersebut, duduk membaca al-quran. Jika boleh cari tempat berdekatan dengan ruang air zam-zam, di situ boleh lah kalau nak ambil wuduk sekiranya kecemasan.
Selesai solat, maka berbondong-bondong manusia keluar dari masjid, menuju ke destinasi masing-masing. Semuanya berjalan dalam satu arah. Jika kita tersalah arah, ingin berundur, maka tunggu lah dalam setengah jam baru boleh berjalan. (Jalan kaki).
Kami tiba di Mekah, lebih kurang 2 minggu sebelum Raya Haji. Jadi kami dapat melihat manusia beransur-ansur memenuhi ruangan masjid, tingkat 1, 2 dan bumbung. Malah, kami bersolat zohor di tengah-tengah pancaran terik matahari, sambil mengenyit mata menahan cahaya matahari. Mujurlah cuaca panas, tapi angin nya sejuk, jadi tidak lah menjadi kepayahan.

Wednesday, June 25, 2008
Semalam yang Berlalu.
Semalam mak balik dari umrah. Kami berdua menjemputnya di KLIA. Penerbangan seterusnya ke Kuala Terengganu akan berlepas jam 750malam. Penerbangan dari Jeddah pula tiba jam 1 tengahari. Ada lebih kurang 5 jam lagi untuk bersama mak, bercerita tentang pengalamannya di Mekkah.
Geli hati aku mendengarkan ceritanya. Maklumlah kali pertama mak pergi bersendirian, bersama rakan-rakan sekampung. Sebelum ni pergi dengan aruah Abah. Betapa tak sedapnya makanan yang disediakan, dan dia pula tak lalu nak makan, sedangkan nak pergi beli makanan pula susah, sebab tiada teman. Ada seorang kakak yang duduk sebilik dengannya yang dipanggil Kak Ana. Kak Analah yang menemankan mak, sementelah kak Ana sendiri berseorangan dari Kemaman. Suaminya pula tidak dapat mengikutnya mengerjakan umrah.
Bertemankan kak Ana lah, mak pergi ke masjidilharam dan membeli belah. Bukan banyak pun mak beli, hanya 15kg sahaja yang dibawa pulang, yang penting hanya difikirkan untuk beribadah.
Teringat pula aku semasa di Mekah dulu. Makanan yang dihidangkan selama 30hari tu adalah makanan yang sama di ulang-ulang setiap minggu. Aku redha, lagi pun aku perlu jaga makan disebabkan aku ada diebetes. Tak boleh la nak makan nasi banyak-banyak. Aku makan roti sahaja yang banyak. Malam selepas isya' suami akan ajak jalan-jalan cari makan di sekitar hotel. Banyak restoran tapi kebanyakkan nya menjual roti kebab. Pusing-pusing jumpa restoran Turki yang berada di celah-celah lorong menuju ke bazaar membeli belah.
Sebenarnya terjumpa restoran turki itu secara tidak sengaja. Kami mahu mencari hotel lama kami yang kami duduki semasa umrah 2005 dahulu. Tup-tup ada restoran selang 2 pintu. Apalagi, masuk restoran dan melihat-lihat lah kami menu masakannya. Ada nasi turki dan ayam panggang. Suami pun order dan bila sampai makanan, sedapnya masakan dia!.... tak sangka pula orang turki boleh masak nasi. Nasi nya dipanggil pilaf, tapi kalau di Malaysia nasi tu digelar nasi minyak kot. Sedap dan berkahsiat. Aku mengambil hidangan roti, dengan ayam panggang.. makan dengan lahapnya, restoran tersebut masak di dapur panggang di luar, manakala tempat duduk di bahagian bawah tanah. Tapi nampak mewah dan selesa. Harga 2 orang makan baru RM25/=.
Kenyang dan puas... Esok lusa boleh datang lagi.

Thursday, January 31, 2008
Padang Arafah
Kami dapat 3 bas utk 144 jemaah FELDA dari Makkah utk ke Padang Arafah. 3 bas yg kesemuanya nampak mewah dan bergaya alhamdulillah... Ustaz pun ada sebut dalam bas yang kita bersyukur sebab dapat bas cepat dan tak perlu menunggu lama dlm hotel. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Itu lah ungkapan yang paling sesuai untuk jemaah kami kot.. Ujian demi ujian Allah swt datang kan.. mula2 diberi rasa kenikmatan naik bas selesa.. rupa2nya.....
Jemaah kami tiba di Padang Arafah antara yang paling awal, masa tu jemaah Rayhar, Asia Oriental dll pakej masih belum tiba lagi.. Waktu wukuf adalah esoknya. Kami solat maghrib kat khemah dgn keadaan gelap, lampu kalimantang hanya dipasang di bahagian luar khemah, tapi sorang pun dari jemaah kami tidak merungut.. aku pun jadi cam hairan gak la.. baik sungguh diorang. Malam tu tido dengan serangan nyamuk bertubi2, dalam keadaan ihram aku tak berani nak buka tudung/telekung sbb khemah tu cuma direntang dengan kain utk seperate jemaah lelaki dan wanita.
Masa kat Padang Arafah ni, malam masa kami tido, masa tu lah jemaah2 lain sampai, Andalusia/Rayhar/Asia Oriental/VVIP dll. Aku dapat tengok yg khemah kami sahaja yang bergelap, khemah2 lain ceria dan meriah mcm pasar malam. Tengah malam tu diorang pakej lain bangun solat tahajud dan taubat dan tasbih, kami dapat dengar, tapi ustaz kami pesan, waktu wukuf ialah petang besok, waktu tu paling utama, jadi malam ni tido dulu supaya besok dapat tenaga untuk berwukuf.
Kebetulan khemah VVIP tu bersebelahan dgn khemah kami, so to say, diorang punya speaker, masyaAllah kuat sungguh, mengalahkan surau punya speaker. Kami dlm khemah ni sampai jadi confuse masa nak solat jemaah waktu zohor (zohor asar), mana satu takbir yg perlu kami ikut, mujur lah aku dok saf depan, nampak la jemaah lelaki utk ikut.
Kat Padang Arafah ni, tak berebut toilet, ada banyak bilik air, tapi kena pandai manage time, jgn pergi toilet bila tinggal 10 minit nak azan, pergi toilet awal, iaitu 1 jam sebelum azan, dan kalo boleh berdoalah supaya jangan terbatal wudu'.. Tapi kalo setakat kentut sahaja, boleh la ambil wudu' dgn botol air spray tu, tapi kalo nak buang air, maka tunggulah sampai habis solat jemaah, time tu memang lengang x de orang...
Cuaca waktu tu, mlm x berapa sejuk, siang pun x panas sangat dan tak sejuk, just nice shj. Alhamdulillah petang hari tu dapat la kami keluar dan berdoa kat luar khemah, bertaubat sepenuh2 hati, memang waktu tu kita tak sedar tiba2 air mata mengalir tanpa dipaksa2, tak tau lah kenapa.. memang luar biasa.. sambil tulis ni pun boleh sebak juga teringat waktu tu. Berharap semoga segala dosa2 kita sama ada besar atau kecil, yang nampak atau tersembunyi, yang sedar atau luar sedar, mohon Allah ampunkan segala2nya.
Dah dekat masuk waktu maghrib, kami kembali ke khemah utk solat jemaah dan tunggu bas utk bertolak ke Mina. Rupa2 nya kat sini la ujian pertama menunggu.. setelah wukuf, kita dah sungguh2 bertaubat mengharap pengampunan dariNya.. Masa ni la syaitan nak cuba menggoda dan attack kita.. masa ni la kita bersih seperti bayi, masa ni la syaitan nak calitkan balik dosa2 kita... Masa ni la kena bersabar sungguh2.... Kami yg tiba awal kat Padang Arafah, rupa2nya mesti yg akhir utk ke Muzdalifah dan yang akhir utk ke Mina.
Menunggu bas hingga jam 12tgh mlm di Padang Arafah, bas yang disediakan bukan lah bas mewah lagi selesa seperti siang semalam, tapi bas yang hanya 2 shj dan 144 orang terpaksa berkongsi tempat duduk!... ada yang 2 kerusi duduk 3 orang, ada yang berdiri dan ada yang duduk ditangga.. Masa di padang Arafah, ada seorang jemaah yang sakit, dan dua tiga orang yang kurang upaya(tua), mereka diberi keutamaan naik dulu dan duduk di kerusi paling depan sekali.
Masa tu dlm hati ni sentiasa teringat pesan ustaz, banyak istighfar, tasbih dan tahmid... saat2 genting sama ada kita berjaya atau tidak, masa ni lah.. Tiba di muzdalifah, masa tu dah melaut orang, walaupun tengah malam, tapi ada lampu banyak, so kita nak kutip batu nampak lah, instead of terkutip tahi unta... hehehehe.. (ni lawak ustaz yg bagi). Kami yg last ni tak de kawasan nak kutip, so tepaksa la dok kat lereng bukit sikit.. ujung muzdalifah sempadan pdg arafah. Kutip2 la batu mcm budak2 main batu seremban tu... 80biji semuanya kena kutip. dan ambil extra sikit. Amek kecik2 besar kacang pol tu.
Dah siap amek batu tu, tunggu lagi bas, kat jalan tu aku nampak cuma ada 2 bas shj utk sempadan asia tenggara (m'sia, singapore, siam dan indonesia). Tapi di sebelah pagar sana banyak betul basnya (negara2 india,turki, kulit2 putih tu).. Masa ni dah nampak diorang turki dll tu jalan kaki menuju ke Mina, tapi kitorang ni mana la tau cuma ada 2 bas aje masa tu... Ujian... Pejam mata celik mata tengok gelap lagi, bintang2 je atas langit.. pejam lagi takut2 subuh masuk tak sedar pulak nanti, tengok jam pulak.
Masuk je subuh terus solat kat atas bukit tu masih di Muzdalifah ikut jemaah orang lain yg solat berjemaah, tak pasti siapa orang2 tu.. Kat sini ada juga hb aku citer dia saksikan sorang jemaah nazak dan meninggal dunia, lalu dibawa ambulans, time ni aku tido kot, tak perasan... Peh tu matahari dah naik, dah siang, sebab aku dok atas lereng bukit, so nampak orang tak berkurangan.... masa tu la petugas haji tu bagi tau cuma ada 2 bas shj utk pengangkutan kita yang 150000 orang ni... kalau kita tunggu juga bas, alamat sampai malam pun tak dapat naik lagi.. so, dioarang pakat2 sapa nak jalan kaki boleh jalan, tapi yg muda2 dan lelaki yg sihat shj,,,, ibu2, nenek2 tak perlu jalan, tunggu situ....
So, aku n hb n beberapa couple lain jalan kaki tinggalkan diorang dan beg kami.. sbb ustaz soh tinggalkan beg, tak moh beratkan kami yg berjalan. Baru jalan dalam 30 minit, petugas telefon ustaz yg tinggal ngan beg tadi, kata kami dah sampai di Mina... alhamdulillah... dah sampai, tapi khemah kami maktab 82, kat terowong moassem, tak nampak2 juga terowong nya. Jalan lagi, sepanjang jalan tu tak ramai jemaah bukan asia yg berjalan, sebab masa tu dah dekat tengahari... diorang agaknya dah sampai Mina dan dah melontar, sbb kami ni tunggu bas, org2 turki tu dah jalan kaki dari mlm tadi. Sambil berjalan kami bertalbiah ... labbaiikaullahhummalabbaiik.. labbaikalaasharikalakalabbaik... innalhamda, wanni'mata, lakawalmulq, laasharikalak.. Petugas pulak bawak sepanduk bendera Felda, wah tambah semangat la kami... langsung x rasa jauh atau penat...
Sepanjang perjalanan, tu cuma ada sesekali je bas berlalu melepasi kami... Ada juga yang pengsan di tengah jalan, dan beberapa orang tolong pakcik tu, mabbe penat sgt tgh panas dan kurang air. Dah melalui tempat penyembelihan, dapat la jengok haiwan yg akan dikorbankan, unta la banyak ngan kambing biri2.. bau mcm zoo pulak.. sesampai je kami d khemah, teringat diorang yg masih menunggu bas, dengan tak bersarapan, tak tau macam mana nasib diorang. Lepas berehat dalam setengah jam, diorang pun sampai, satu bas shj dan sumbat semua orang, ada makcik yg muntah2 dlm bas mungkin gastrik dan ada yg demam... kesian diorang...
Dah sampai khemah tu baru la ustaz cakap, kami ni dah berjalan 10km sebenarnya.. masyaAllah.... subhanaAllah, dalam keadaan sekarang ni, aku rasa kalo suruh aku berjalan kaki 10km, mabbe tak sampai kot.. Tapi itulah keajaibanNya... Waullahu'alam.
Keadaan di Mina lebih dahsyat lagi, masa kat sini perangai kita yang sebenar terserlah..Ustaz ada cerita, kat sini lah terbuka pekung di dada, berdoalah dengan sungguh2 semoga kita tidak di aibkan..Macam2 perangai manusia ada, yg berebut dan potong q utk ke toilet, yang ambil barang orang dll. Ada yang tampar muka suami, juga di Mina.
Pengalaman aku kat Mina ni, barang aku yang hilang, masa aku jalan kaki balik ke Mekah, beg baju 2-3helai tu aku tinggal kat Mina, yg hilang ialah acar buah aku yg sikit tu (yg ni aku dah tandakan nama aku sbb semua org dapat acar buah), dan juga *toot* pakai buang yg belum dibuka sehelai. Bila aku nampak kat dlm beg makcik tu aku cakap aku punya, sbb seingat2 aku warna tu aku punya, tapi dia kata dia punya, anak dia bagi.. ish... confuse aku.. tapi tak pe lah, tak jadi hal....memang dia punya kot... waullahu'alam.. tapi yg hilang tu tetap hilang lah.. nasib aku la tu..
Peh tu pasal tido mmg khemah kami tak cukup tempat langsung.. sbb aku yg mulut celupar, jadi aku la yg tak dapat tido, hari pertama aku tido depan pintu khemah, sejuk menggigit tulang belulang nih Allah ajer yang tau.. tak bawak termometer jadi tak tau la berapa degree, tapi ada kot dalam 10degree..Malam kedua selepas melontar tu aku jln kaki balik Mekah utk buat tawaf dan saei, dapat la tido kejap kat hotel.. hehehehe time tu org semua x de, sbb diorang x moh ikut kami jalan kaki...
Sebenarnya, sebelum g haji aku ada consult ngan sepupu aku yg dah pegi last year kot, dia ada pesan, kalo boleh jalan kaki, jalan la, tapi kita on our own, pakej dah tak ambil tanggung jawab atas apa yg terjadi pada kita masa tu.... Tu yg aku teruja sgt nak jalan kaki...
Kalo nak jln kaki, kena melontar pada waktu malam, that is memang Malaysia dan Indonesia memang waktu malam, kita dah bermalam di Mina, kemudian melontar, baru lah balik ke Mekah, dan esok pagi jam 8 kena pulang semula ke Mina, supaya kita dapat solat berjemaah di Mina.
Adoh.. letih dah menaip.. nanti sambung lagi, camna cabaran dan ujian naik bas pulak dari Mina ke Mekah.. hinggakan ada seorang jemaah kami sorang meninggal dunia... Allah ambil dia semasa dia dah bersih dari dosa, seperti bayi... betapa beruntungnya allahyarham pakcik Abdul Rahman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya sentiasa bersabar dengan dugaan ini. Al-Fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)